Thursday 1 March 2012

Bersyukur.......

Malam tadi aku lepak depan TV sorang2, Kherul on call minggu ni, pas blik keje kul 8mlm tadi masuk keje blik kul 9, bosan sbb Thaqif pun tido, kebetulan terbukak TV3, rancangan Bersamamu, dah lame tak tgk pun....

Tetibe je perasaan halus menusuk................sejauh mane aku bersyukur dengan semua kurnia yang Allah berikan? Sejauh mane ak redha dgn setiap ujian yang diturunkan? Dan sejauh mana aku merasakan kehadiran Allah dalam kehidupan yang aku lalui seharian?Sejauh mana aku terus mengingati Nya?



"Namun aktiviti yang kita lakukan ternyata menjadikan kita bosan. Kita rasa penat menyebut dan memuji Allah atau fikiran kita melayang-layang kita ketika kita menyebut pujian-pujian kepada Allah. Akhirnya kita tinggalkan aktiviti itu atau tidak beristiqamah dengannya. Kenapa kita rasa penat dan membosankan padahal Allah menjanjikan bahawa dengan mengingati Allah hati akan tenang dan dengan mengingati Allah pastinya membahagiakan bukan membosankan. Pastinya kaedah kita melakukan aktiviti itu gagal menghasilkan 'mengingati Allah", gagal menghasilkan "merasakan kehadiran Allah". Sebutan kita hanya dibibir saja, apatah lagi jika yang ingin disebutnya sampai 1000 kali."
Petikan dari sini (i luv islam)

Bukan ak nak berkhutbah, tp aku akui dengan segala rezeki yang aku kecap selama ni, segala kesempurnaan yang Allah berikan dalam hidup aku sekarang, aku sendiri tak tau sejauh mane perasaan bersyukur aku kepada Nya. Terfikir sejenak sekiranya kesemuanya ditarik balik......
Memang betulkan..jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih dari kita, kelak kita takkan kenal erti syukur, bahkan kita mahukan yang lebih lagi, sebaliknya bandingkan diri kita dgn orang yang lebih kurang dari kita, nescaya kita akan semakin bersyukur dan redha dengan setiap yang kita miliki. Lebih bahagia dengan segala yang kita ada seadanya....

Aku rindu dengan waktu dulu....zaman persekolahan di asrama.....Solat jemaah, Maghrib dan Isya' kat surau. Tiap kali mendengar ceramah ustaz kat sekolah, rindu ngan matapelajaran PAI...rindu ngan setiap hafalan wirid yang semakin ak lupakan....
 
Skang ni hidup sentiasa sibuk ngan urusan harian sehinggakan tiada yang ingatkan untuk mengingatiNya...............

No comments:

Post a Comment

Bla..bla bla......