Thursday 12 April 2012

Allah Menguji....

Lama tak bke blog....langsung xde mood utk tulis entri minggu ni...

ISNIN, 9 April 2012

Kawan : tau dok psl ank ****?
Aku     : bkpe?
Kawan: hok bgsu tu ade kt icu..jtuh dr tgkt ats umh dia
Aku     : hah?

MASYA ALLAH!!

TERPAKU!!!!

Tak sangka dapat perkhabaran yang mengejutkan pagi2.... Terus sebak, mataku berair...
Aku menangis......

Terus teringatkan Thaqif, hati mula terbayangkan andainya ak kat tmpat beliau.....Air mata ni menitik lagi...
Makin rancak tangan menekan keyboard, makin byk perkhabaran yang ak tau dan makin byk air mata yang jatuh lagi dan lagi...

Aku hiba, ak sebak.....cbe ak bertahan supaya ofismate tak prasan, tp naluri ibu ni tidak dapat menyekat kesedihan yang mulai bersarang....Sesungguhnya perkhabaran ini mampu menjatuhkan ego aku depan pc ni.!!

Esoknya ak gagahkan diri utk call. Tanyakan khabar walaupun aku sendiri sejujurnya dapat menduga bagaimana pengakhirannya. Aku igtkan diri supaya tahan segala rasa terutamanya perasaan menangis. Aku cuba untuk memberi semangat walaupun aku tau peluangnya sangat tipis...

Alhamdulillah, panggilan diangkat. Suatu suara kedengaran sgt tenang ditelinga ku...
Kata2 kususun rapi supaya tak mengguris luka, semoga tidak menambah duka beliau dengan ujian Allah ini....

Semuanya lancar di awal perbualan... Namun, tak smpai di pertengahan, aku mulai tewas dengan perasaan sendiri. Aku cuba utk kuat, cuba untuk meniup semangat kepadanya, namun akhirnya aku sendiri yang kalah. Aku tewas dengan perasaan aku sendiri, tewas dengan kata-kata beliau yang seakan sudah redha dengan ketentuanNya, pasrah disaat nyawa anak bongsunya kini semakin dipenghujung dan semakin dekat dengan PenciptaNya.

"Kelima2 test semunya failed. Semua bergantung kepada mesin sekarang"

Airmata semakin laju membasahi pipi. Mendengar setiap bait kata-katanya membuatkan aku semakin sebak. Semakin aku cuba membayangkan kisah yang diceritakan, semakin kuat esakan tangisku. Namun beliau masih lancar bercerita....Ya Allah, sungguh kuat beliau menghadapi ujian getir seperti ni!!!

Aku bukak FB beliau, ada gambar2 sewaktu raya yang lepas...

Petang itu aku terima SMS:

" Anak saya telah kembali ke rahmatullah jam 3 ptg di HSNZ. Jenazah akan dibawa ke Dungun. "

Petang itu ak nekad utk melawat arwah....Kuhantar sms utk maklumkan pada Kherul yang aku akan pulang lewat dari kebiasaan.

Alhamdulillah, aku sampai selepas jenazah baru tiba dari hospital. 

Orang ramai mula memenuhi ruang tamu tersebut. Sekujur badan kecil kaku dihadapanku. Sewaktu nenek arwah menyelak kain yang menutupinya, ak cuba untuk gagahkan diri untuk melihat arwah buat kali terakhir....

Putih...Bersih..Jernih....
Arwah kini sudah kembali kepada PenciptaNya.
Menjadi ahli syurga pada umur yang sangat muda.

Aku semakin sebak. Kelibat mata yang memandang tak ku hiraukan..Aku cuba bertenang, tp aku sendiri tidak mampu untuk melawan perasaan ini. Katalah apa saja, memang aku sangat sensitif, terutamanya melibatkan nyawa dan kematian, sama seperti sewaktu aku menerima perkhabaran mengenai kecelakaan yang menimpa ibu mertua abang 3 hari sebelum hari raya yang lepas, aku meraung hinggakan Kherul tak dapat nak berbuat apa2, mata bengkak dan ak menangis setiapkali mengingatkan perkara tersebut. Apatah lagi kali ini melibatkan nyawa insan yang begitu kecil. Kasihku terhadap kanak-kanak terlalu menebal sejak bergelar ibu, seperti dapat aku rasakan keperitan yang dilalui oleh kedua ibu bapanya.

Kulihat si ibu seperti kebingungan.........

Ya Allah berikan kekuatan dan pemudahkan segala urusan keluarganya...

Aku pulang dengan seribu perasaan dalam hati. Cme maklumkan bahawa ak mau pulang...tak dapat lihat wajah beliau, air mata laju tumpah...

Pagi keesokkannya, satu SMS lagi diterima:

" Terima kaseh. Saya redha. Arwah dah selamat dikebumikan."

Sekali lagi air mata ini tumpah...
Ku lihat Thaqif masih lena tidur, kukucup dahi Thaqif, sebagai tanda kasih sehingga ke hujung nyawa....

4 comments:

  1. citer pasl icu terus teringat saat terakhir aku ngn arwah abah aku kat icu.sama,nafas terakhir bergantung pada mesin.suasana dalam tu.. sedih sangt sangt..

    ReplyDelete
  2. g hmmm.. tul tu ju...tu ak dok tgk org skit mase kat icu, trauma sket...

    ReplyDelete
  3. sedehnye kak ain..
    Salam Takziah..semoga ibu dan seluruh ahli keluarga arwah tabah..
    arwah pasti akan tunggu ibu dn bapanya di syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...anak bongsu kak ain... kecik lagi tu, asyik terbayang mcmane klo sy berade kat tmpat die....

      Delete

Bla..bla bla......